Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: " Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : - "Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."
SALAM UKHUWWAH FILLAH
Untuk pertamanya....syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang dengan rahmatNya untuk menghirup udara segar di bumi Allah ini,terima kasih juga buat kawan2 terutama leha yang sudi memberi bimbingan untuk aku mencipta sebuah blog impian dalam hidup aku,memang sudah lama impian aku ini terbengkalai gara2 masalah komputer.alhamdulillah semuanya telah berjaya diatasi...terima kasih juga buat insan2 yang terlibat secara langsung@tidak.
ni la gambar komputer baru aku
Berbalik kepada matlamat utama penubuhan blog ini adalah sebagai salah satu jalan dakwah (ye ke?)tapi hakikatnya lebih kepada apa2 sahaja yang penulis rasa sesuai untuk dikongsi bersama,tidak ada yang berkaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.sengaja penulis memulakan artikel2 berkaitan HATI,kerana di situ merupakan pusat utama segala aktiviti manusia.Dan hadis yang tertera di atas merupakan hadis pertama dalam arbain annawawiyyah,juga ada kaitannya dengan HATI..niat bermula daripada hati.ikhlaskan niat kerana Allah.Semoga Allah memberkati segala usaha kita..amiiin ya rabb.
0 comments: