Author: ukhwahfillah
•5:47 AM



Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.” (Al-Hajj: 37)


"كل عام وانتم طيبون"

.:Buat kedua ibubapa,adik-beradik,guru2,sahabat2 serta warga Keluarga Penuntut Terengganu MESIR..SEMOGA PENGORBANAN ANTUM DITERIMA...aamiiin ya rabb!!

Author: ukhwahfillah
•3:11 PM

KATAKANLAH (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul itu). (al-An'am: 11)

Assalamualaikum wbt..entri kali ni sekitar jaulah ke Matroh dan Oasis Siwa..4hb julai 2009-7hb julai 2009.

Kolam Cleopatra,Siwa.


Tapak Kuil Amon Re


sebahagian kubu Alexander ii


Kota Lama Siwa


Mountain of The Dead@Jabal Mouta

Teluk Agiba,Matroh
Terkenal dengan panggilan laut tujuh warna,kelihatan pada musim-musim tertentu sahaja.

pantai Teluk Agiba di Matroh,mempunyai bentuk muka bumi yang sangat menarik,membawa kita menginsafi kejadian langit dan bumi.


kawasan luar Hamam Cleopatra,Matroh
mempunyai empat lubang,satu...pintu masuk...dua...atas,laluan cahaya matahari...tiga & empat ...shower smulajadi...tolakan ombak masuk.


Penjelajahan dan pengembaraan di muka bumi dengan tujuan meninjau, memerhati, merenungi dan mengambil iktibar dengan tujuan mengenal sunnatullah yang terlukis di dalam peristiwa-peristiwa dengan kesan-kesan sejarah yang nyata dan terpampang di tempatnya amat dituntut.Pengembaraan dan kebenaran yang disaksikan sendiri oleh mata melihat kesan-kesan sejarah ini akan lebih memberi kesedaran dan keinsafan kepada umat Islam.Umat Islam akan lebih berhati-hati agar peristiwa dan bala bencana yang menimpa umat-umat nabi terdahulu tidak mengenai mereka.

Penjelajahan dan pengembaraan pada masa kini juga perlulah mengikut satu metodologi yang baru yang bertujuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan menjadikannya sebagai satu didikan kepada umat Islam. Program tersebut akan membantu membawa dan memimpin umat Islam dari keadaan jahiliah ke mercu kejayaan.

KESIMPULAN
Umat Islam digalakkan mengembara dan menjelajah di seluruh pelosok muka bumi Allah ini untuk melihat kesan-kesan sejarah balasan terhadap umat-umat nabi dahulu kala yang mendustakan rasul-rasul mereka dan mengambil pelajaran daripadanya.

Selain itu, program pengembaraan dan penjelajahan ini akan membawa umat Islam ke mercu kejayaan sekiranya mereka melaksanakannya berdasarkan landasan yang betul iaitu untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Author: ukhwahfillah
•5:17 AM
Panduan Kecemerlangan Hidup

1:Jangan abaikan kesihatan anda.

2:Jangan biarkan emosi menguasai diri anda.Jangan mudah bersedih,ataupun mudah sangat gembira.Lalui hidup anda dengan tenang tetapi ceria.

3:Makan makanan yang seimbang.Ambillah tablet2 multivitamin untuk seimbangkan diet.

4:Tidurlah dengan cukup.Kekurangan tidur boleh menyebabkan ketegangan saraf dan mengganggu kprihatinan.

5:Cubalah bertenang dalam apa jua keadaan sekalipun,gopoh hanya akan membawa kepada kelam kabut dan bertindak terburu-buru.Dalam kegopohan 95% kepintaran telah hilang dan 3% peratus menyumbang kepada keputusan yang salah.2% lagi adalah kekalahan sebelum berjuang.

6:Bersenam sedaya anda,yang penting setiap anggota tubuh dapat digerakkan.

7:Dalam sehari cuba tarik nafas dalam-dalam di tempat-tempat anda yakini lebih segar dan lebih bersih udaranya.

8:Jangan marah-marah.

9:Jangan jadi pengkritik yang tidak berasas.

10:Kurangkan membaca buku berkaitan penyakit dan kegagalan.

11:Layani diri anda sebagaimana anda melayani tempat ibadah.

12:Yakini hidup anda dan berikan peluang minda bekerja untuk anda dengan selesa,tenang,bahagia dan ceria.

p/s:Berpeganglah pada ajaran al-quran dan sunnah,insyaAllah lebih cemerlang,bukan sahaja dunia,malah akhirat lebih utama.


PETIKAN:
MOTIVASI MINDA,MEMBINA JATIDIRI GEMILANG
Dr HM Tuah Iskandar al-haj
Author: ukhwahfillah
•4:02 PM
Bismillah... .
Khusus buat jundullah sekalian, moga kalian tidak patah semgat dikala taufan meraung garang, moga kalian tidak tersasar arah tika arus mengelombang. ..yakinlah bahawa kalian telah dipilih oleh Nya krn kalian punya mutiara yang mulia, tersemat jauh x kelihatan dek mata, ibarat yang tersimpan di celah tiram, tersembunyi di dasar lautan..kalian punya kekuatan punya kebolehan lantas..apakah lagi yang kalian butuhkan..garapkan kembali kesungguhan, hamparkan pengorbanan. .lemparkan angan-angan. ..kita tidak punya masa lagi untuk omongan kosong..apa erti perancangan tanpa nekad utk merealisasikan perjuangan? Jundullah sekalian...antum punya cita yang murni, punya kepakaran yang tersembunyi. .jangan sekali gentar, jangan sekali goyah pun meski ujian takpernah surut...tetaplah bertahan di posisi kalian... bina kembali kekuatan diri..kerna umat ni perlu kepada pancang2 yang tegap agar kita bisa bangkit kembali mendokong Syiar yang suatu waktu dulu gah merahmati alam ini....

Jundullah sekalian...
Renungkan kisah batang buluh yang tak kenal erti gentar dalam memikul amanah yang di taklifkan ....mungkin pada mrk yang lain kisah ini cuma secebis cereka dari ribuan aneka karya.. tapi bagi jundullah sekalian..ambilah ikhtibar dan moga ia menjadi sebahagian daripada tiupan semngat kala futur itu melanda kelak....

Sebatang buluh yang indah tumbuh di halaman rumah seorang petani. Batang buluh ini tumbuh tinggi menjulang di antara batang-batang buluh lainnya. Suatu hari datanglah Si Petani yang empunya pohon buluh itu.
Dia berkata kepada batang buluh, “Wahai buluh, mahukah engkau ku pakai untuk menjadi paip saluran air, yang sangat berguna untuk mengairi sawah ku?”Batang buluh menjawab, “Oh,tentu aku mahu bila dapat berguna bagi engkau, Tuan. Tapi ceritakan apa yang akan kau lakukan untuk membuatku menjadi paip saluran air itu?”
Si Petani menjawab, “Pertama, aku akan menebangmu untuk memisahkan engkau dari rumpunmu yang indah itu. Lalu aku akan membuang cabang- cabangmu yang dapat melukai orang yang memegangmu. Setelah itu aku akan membelah- belah engkau sesuai dengan keperluanku. Terakhir aku akan membuang sekat-sekat yang ada di dalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan lancar. Apabila aku sudah selesai pekerjaanku, engkau akan menjadi paip yang akan mengalirkan air untuk
mengairi sawahku sehingga padi yang ku tanam dapat tumbuh dengan subur.”
Mendengar hal ini batang buluh terdiam agak lama….kemudian ia berkata kepada Si petani,”Tuan, tentu aku akan merasa sangat sakit ketika engkau menebangku. Juga pasti akan terasa sakit ketika engkau membuang cabang-cabangku, bahkan lebih sakit lagi ketika engkau membelah- belah batangku yang indah ini, dan pasti tak tertahankan ketika engkau mengorek- ngorek bahagian dalam tubuhku untuk membuang sekat- sekat penghalang itu. Apakah aku akan kuat untuk melalui semua proses itu, Tuan?”
Si Petani menjawab segala kerungsingan batang buluh itu, “Wahai buluh, engkau pasti kuat melalui semua itu, aku memilih engkau kerana engkau yang paling kuat daripada semua batang pada umpun ini. Jadilah bertenanglah…”Akhirnya buluh itu menyerah dan redha, “Baiklah, Tuan. Aku ingin sekali berguna bagimu. Ini aku, tebanglah aku, perbuatlah sesuai dengan yang engkau kehendaki.”

Pernahkah kita terfikir bahawa dengan masalah yang silih berganti tak habis-habisnya, mungkin Allah sedang memproses kita menjadi indah di hadapanNya?Sama seperti batang buluh itu, kita sedang ditempa, Allah sedang membuat kitamenjadi manusia yang berguna. Dia sedang membuang kesombongan dan segala sifat kita yang tak berkenan bagiNya. Tapi jangan khuatir, kita pasti kuat kerana Allah tak akan memberi beban yang tak mampu kita pikul. Jadi mahukah kita berserah kepada kehendak Allah membiarkan Dia melakukan sesuatu di dalam diri kita untuk menjadikan kita alat yang berguna bagiNya? Seperti batang buluh itu, mari kita berkata, “Ini hambaMu ya Allah, perbuatlah sesuai dengan yang Engkau kehendaki. Hamba sedia menempuhnya. .”

Author: ukhwahfillah
•3:13 PM

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: " Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : - "Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."



SALAM UKHUWWAH FILLAH

Untuk pertamanya....syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang dengan rahmatNya untuk menghirup udara segar di bumi Allah ini,terima kasih juga buat kawan2 terutama leha yang sudi memberi bimbingan untuk aku mencipta sebuah blog impian dalam hidup aku,memang sudah lama impian aku ini terbengkalai gara2 masalah komputer.alhamdulillah semuanya telah berjaya diatasi...terima kasih juga buat insan2 yang terlibat secara langsung@tidak.

ni la gambar komputer baru aku

Berbalik kepada matlamat utama penubuhan blog ini adalah sebagai salah satu jalan dakwah (ye ke?)tapi hakikatnya lebih kepada apa2 sahaja yang penulis rasa sesuai untuk dikongsi bersama,tidak ada yang berkaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.sengaja penulis memulakan artikel2 berkaitan HATI,kerana di situ merupakan pusat utama segala aktiviti manusia.Dan hadis yang tertera di atas merupakan hadis pertama dalam arbain annawawiyyah,juga ada kaitannya dengan HATI..niat bermula daripada hati.ikhlaskan niat kerana Allah.Semoga Allah memberkati segala usaha kita..amiiin ya rabb.
Author: ukhwahfillah
•2:41 PM

Dua Bahtera Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Wujud yang paling bagus ,paling jelas ,paling terang ,paling mulia,paling tinggi ,dan paling luas adalah singgasana Allah Subhanahu wa Ta'ala.Setiap sesuatu yang lebih dekat dengan singgasana itu lebih terang , lebih baik,dan lebih mulia daripada yang jauh.Maka dari itu syurga Firdaus merupakan syurga yang paling tinggi kedudukannya, paling mulia,paling terang dan paling agung,kerana ia dekat dengan singgasana,bahkan singgasana itu menjadi atapnya.Sedangkan sesuatu yang lebih jauh darinya akan lebih gelap dan lebih sempit dan paling jauh dari segala macam kebaikan." –Ibnu Qayyim Al-Jauziyah-

Saudara-saudariku sekalian,

..…Seperti kalian maklum hati ini merupakan segumpal daging yang berharga.Jika rosak hati ini maka rosaklah seluruh anggota badan yang lain.Hati yang bersih dan suci yang disirami dan dijernihkan oleh Asma' Ul-Husna dan puji-pujian kepada-Nya mampu membuat diri kita mencapai redha-Nya dan didekati serta disayangi setiap hamba-Nya.Melalui penggunaan mata hati,maka seseorang itu dapat mengatasi sebarang teka-teki dan persoalan serta permasalahan dengan lebih baik.Ingatkah sahabatku sekalian kisah Rasul SAW di belah dadanya untuk dibersihkan hatinya oleh Malaikat Jibril AS? Kisah ini menunjukkan betapa pentingnya membersih dan memelihara hati.Rasul SAW di dalam hidupnya tidak pernah bertaubat kurang dari 70 kali setiap hari.Sebab melalui taubat, hati ini akan dapat digilap dan dijernihkan lagi.Hati dan amal perbuatan setiap insan inilah yang akan dinilai oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala…..

"Allah telah menciptakan hati dan menjadikannya tempat untuk memahami,mencintai, dan menjalankan iradah-Nya.Maka hati adalah singgasana yang paling tinggi,yang merupakan sarana untuk memahami,mencintai dan menjalankan iradah-Nya."

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah-

Hati yang salim (sihat) akan sentiasa menghindari diri dari mempersekutukan- Nya ,sentiasa meyakini sifat-sifat- Nya serta beriman kepada setiap peringatan-Nya… ..

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

"Orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat,memunyai sifat yang buruk dan Allah mempunyai sifat yang Maha Tinggi,dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (An-Nahl:60)

Dan firman-Nya,

"Dan Dialah yang menciptakan (manusia) dari permulaan,kemudian mengembalikan( menghidupkan) nya kembali ,dan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah bagi-Nya.Dan bagi-Nyalah sifat yang Maha Tinggi di langit dan di bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Ar-Rum:27)

Dan surah Syura:11 disebutkan, "Dia tidak menyerupai sesuatu apa pun."

"Inilah perumpaan yang paling bagus.Bagi orang beriman hati adalah singgasananya. Jika hatinya tidak bersih ,tidak suci dan tidak jauh dari segala kekotoran,maka tidak akan bisa menjadi singgasana baginya untuk menemukan pemahaman,kencintaa n dan keinginan.Jika demikian,akan turun darjatnya menjadi bahagian yang paling bawah kerana mencintai dunia,terlalu mengharapkannya serta memuja-mujanya. Jika demikian,menjadi sempit dan gelaplah hatinya, sehingga jauh dari kesempurnaan dan keberuntungannya. "Ibnu Qayyim Al-Jauziyah-

….. Saudara-saudariku sekalian mari kita lihat pandangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah mengenai dua bahtera hati…..

"Hati manusia terbahagi menjadi dua jenis:

Pertama,hati yang menjadi singgasana Allah ,yang di dalamnya penuh cahaya, kehidupan , kebahagian , kegembiraan dan simpanan kebaikan.

Kedua,hati yang menjadi singgasana syaitan,yang sempit,gelap, mati,penuh kesedihan,duka cita dan kesengsaraan. Hati seperti ini senantiasa meratapi kesedihan baik pada masa lalu mahupun masa yang akan datang dan selalu bersedih di sepanjang masa." –Ibnu Qayyim Al-Jauziyah-

Saudara-saudariku sekalian,

…..Cahaya yang masuk ke dalam hati adalah cahaya Allah,sehingga hati menjadi luas dan terang.Jika hati tidak memahami Allah dan mencintai-Nya ,ia akan menjadi gelap dan sempit.Sempit dan gelap ini menjauhkan kita mendapat cahaya-Nya serta menyesatkan kita Jagalah hati, ia kunci kebaikan mu. Senyumlah selalu kerana hati yang bersyukur sentiasa tersenyum ketika menatap wajah yang halal baginya meskipun hatinya dilanda kesedihan……

"Tahun adalah pohon,bulan cabang-cabangnya, hari ranting-rantingnya, jam daun-daunnya dan jiwa adalah buahnya.Barangsiapa yang jiwanya senantiasa dalam ketaatan,niscaya buah pohon itu akan baik dan barangsiapa jiwanya dalam kemaksiatan maka buahnya akan terasa pahit.Buah akan matang pada hari kiamat,ketika buah itu matang maka akan terlihat buah itu manis atau pahit.

Keikhlasan dan tauhid adalah pohon dalam hati,cabang- cabangnya adalah amal perbuatan,buahnya adalah kehidupan yang baik di dunia dan kenikmatan abadi di akhirat.Seperti halnya buah-buahnya di syurga yang tidak pernah terputus,maka buah tauhid dan keikhlasan di dunia juga tidak pernah terputus.

Syirik,kebohongan dan riya' adalah pohon dalam hati,buahnya di dunia adalah ketakutan,kegelisah an,duka cita,kesempitan dan kezaliman hati.Sedangkan buahnya di akhirat adalah siksa neraka dan azab yang abadi.Allah telah menyebutkan kedua pohon ini di dalam surah Ibrahim."
– Ibnu Qayyim Al-Jauziyah –

"Sesungguhnya kebahagian itu adalah impian yang diimpi-impikan oleh sekalian manusia, oleh demikian itu ,ia terletak pada ketulusan hati sanubari mereka sendiri dan ia tidak datang dari luar hati mereka sekali-kali" –Imam Hassan al-Banna




Rujukan:

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, 2000, al-Fawa'id Menuju Peribadi Takwa, Pustaka Al-Kautsar.

Riduan,2007, Memperingati 100 tahun Hassan Al-Banna,MHI Publication. __._,_.___
Author: ukhwahfillah
•12:55 PM
ANAK FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi


copypaste>rahsiabulanDrFadzilahKamsah